Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ranieri dipecat hanya selepas 14 perlawanan

    LONDON, 25 JAN – Pengurus pasukan Watford, Claudio Ranieri telah dipecat kelmarin selepas hanya 14 perlawanan mengendalikan pasukan yang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

    Ranieri telah dilantik pada Oktober lalu untuk menggantikan Xisco Munoz selepas pemecatan jurulatih dari Sepanyol itu.

    Tetapi pengurus dari Itali berusia 70 tahun itu tidak dapat memperbaiki nasib Watford, dengan The Hornets hanya meraih tujuh mata semasa kendaliannya yang singkat itu.

    Hanya selama 112 hari selepas dilantik, Ranieri bertanggungjawab atas persembahan hambar Watford yang berada di zon penyingkiran rentetan kekalahan 3-0 minggu lalu menentang pesaing dalam zon penyingkiran, Norwich.

    “Kelab Bola sepak Watford mengesahkan pemergian ketua jurulatih, Claudio Ranieri,” menurut kenyataan kelab tersebut.

    Claudio Ranieri dipecat selepas hanya 14 perlawanan mengendalikan Watford yang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris. – AP

    Watford berada di kedudukan dua terbawah dalam liga, dua mata daripada terselamat, selepas kekalahan tujuh daripada lapan perlawanan liga sebelumnya.

    Mereka bermain dalam sembilan perlawanan di kesemua pertandingan tanpa menang, rekod kemarau kemenangan terpanjang mereka sejak 2013.

    Pemilik Watford, keluarga Pozzo, merasakan mereka perlu bertindak sekarang untuk memberi peluang kepada pasukan ketika mereka berjuang untuk mengelak penyingkiran selepas kemajuan musim lalu daripada Kejohanan.

    “Lembaga Hornets mengiktiraf Claudio sebagai seo-rang yang berintegriti dan bermaruah, yang akan sentiasa dihormati di Vicarage Road atas usahanya memimpin pasukan dengan bermaruah,” menurut kenyataan tersebut.

    “Bagaimana pun, Lembaga Pengarah merasakan, dengan baki hampir separuh daripada kempen EPL, pertukaran jawatan ketua jurulatih sekarang akan memberi masa yang mencukupi untuk pelantikan baharu agar dapat bekerjasama dengan skuad berbakat bagi mencapai matlamat untuk mengekalkan status EPL. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...