Ranieri puji perkembangan Slimani

LEICESTER, 2 Jan – Claudio Ra-nieri percaya bahawa Leicester City mampu meneruskan perjuangan tanpa Islam Slimani ketika tempoh berlangsungnya Piala Negara-negara Afrika, meskipun sumbangan yang ditunjukkan oleh penandatangan termahal Leicester itu ketika menentang West Ham.

Pemain itu telah menjaringkan gol keenamnya bagi Leicester dalam kemenangan 1-0 ke atas Hammers, tetapi akan meninggalkan Leicester buat sementara bagi mewakili Algeria selepas kunjungan ke Middlesbrough.

Rakan senegaranya Riyad Mahrez juga akan pergi mewakili negara selama sebulan tetapi Ranieri akan mengalu-alukan kembali penyerangnya yang digantung perlawanan, Jamie Vardy selepas perlawanan hari ini.

Dan Ranieri percaya juara bertahan itu mampu menangani kehilangan Slimani, meskipun dia mengakui bekas pemain Sporting Lisbon itu semakin menunjukkan permainan yang bagus.

Islam Slimani (kanan) bertembung dengan pemain West Ham, Cheikhou Kouyate, ketika aksi Liga Perdana baru-baru ini. – AP
Islam Slimani (kanan) bertembung dengan pemain West Ham, Cheikhou Kouyate, ketika aksi Liga Perdana baru-baru ini. – AP

“Sekarang Vardy kembali, saya mempunyai Leonardo Ulloa, saya mempunyai Shjinji Okazaki dan saya mempunyai beberapa orang pemain bagus. Saya sangat tenang dan yakin kepada semua pemain saya,” kata warga Itali itu, selepas menyaksikan skuadnya mengakhiri tahun 2016 bersejarah mereka dengan kemenangan bagi mengurangkan tekanan daripada penyingkiran.

“Setentunya Slimani telah bertambah bagus. Apabila seseorang yang datang dari negara lain ia bukan mudah dan beberap pemain lain memerlukan sehingga enam atau tujuh bulan atau mungkin setahun untuk membiasakan diri dengan persekitaran bola sepak Inggeris.

“Dia telah menjaringkan enam gol dan ia bagus untuk kami, tetapi kami perlu meningkatkan permainannya kerana dia mempunyai kualiti yang bagus, dia juga memberikan tekanan yang banyak kepada pemain lawan dan kadangkala dia boleh membuat kesilapan kerana terlalu letih.” – AFP