Rantau Australia jadikan vaksin mandatori

SYDNEY, 13 OKT – Pekerja kedai, pemandu pelancong dan tukang gunting antara puluhan kumpulan yang perlu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 untuk bekerja di Northern Territory, Australia, umum para pegawai hari ini, mendedahkan salah satu mandat vaksin paling sukar dicapai di dunia.

Menyatakan kebimbangan mengenai kadar suntikan koronavirus yang rendah di beberapa komuniti, ketua menteri Territory, Michael Gunner mengumumkan ‘sesiapa yang memberi perkhidmatan kepada orang awam di tempat kerja perlu mendapatkan vaksinasi’.

Northern Territory yang luas terbentang dari Darwin hingga Laut Timor ke penempatan Outback, Alice Springs dan Uluru – sebuah kawasan yang saiznya tiga kali ganda daripada keluasan Sepanyol.

Ia adalah rumah kepada sebahagian daripada puak asli dan komuniti terpencil lainnya.

Meskipun lebih 80 peratus penduduk dewasa di rantau tersebut sudah pun menerima kira-kira satu dos vaksin, namun Gunner berkata adanya ‘situasi membimbangkan’ dan komuniti di mana orang ramai enggan atau ragu-ragu untuk menerima vaksin.

“Saya akan pastikan kita akan melakukan segala-galanya mungkin untuk memvaksin semua orang,” kata Gunner.

“Anda tidak boleh memaksa orang dan menyuntik jarum di lengan mereka. Ia adalah pilihan mereka dan beberapa orang memilih untuk tidak menerimanya.”

Namun menjelang Hari Krismas, semua orang yang bekerja dengan orang awam harus divaksin sepenuhnya atau berdepan denda berjumlah Aus$5,000 (AS$3,700) dan dipecat serta-merta.

“Anda bekerja dalam hospitaliti – maka anda perlu mendapatkan suntikan, sama ada kedai atau pasar raya – anda perlu mendapat suntikan. Jika anda di belakang kaunter di sebuah bank atau penyambut tetamu, anda perlu mendapatkan suntikan itu. Termasuk juga tukang gunting, terapi kecantikan,” kata Gunner.

Di beberapa bahagian Australia, vaksin COVID-19 telah dijadikan mandatori bagi kakitangan kesihatan dan guru-guru. – AFP