Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Rapper S’pura dipenjara 6 minggu

    SINGAPURA, 5 SEPT – Penyanyi rap Singapura yang menuduh pihak berkuasa rasisme, dikenakan hukuman penjara enam minggu hari ini kerana posting di media sosialnya.

    Ia termasuklah video mengkritik seorang aktor berwajah gelap dan komen mendakwa layanan tak setara bagi kaum di negara kota itu.

    Subhas Nair, pemuzik berbangsa India yang lantang bersuara, didapati bersalah atas empat dakwaan kerana cuba melaga-lagakan kumpulan etnik dan agama berbeza.

    Salah satu dakwaan itu berkaitan dengan video rap 2019 yang mengkritik sebuah iklan menayangkan aktor Cina tempatan yang mengelapkkan kulitnya untuk tampil sebagai orang India.

    Semasa perbicaraannya, Nair memberi keterangan bahawa video itu dihasratkan untuk menamatkan senario ‘berwajah gelap’ seumpama itu di Singapura. – AFP

    Gambar Canva

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...