Rapper Thailand selar amaran Apple

BANGKOK, 25 NOV – Seorang rapper Thai hari ini berikrar tidak akan berdiam diri selepas dia dan sekurang-kurangnya lima lagi pengkritik kerajaan lainnya menerima mesej dari Apple tentang amaran penggodam disokong kerajaan yang menyasarkan telefon bimbit mereka.

Gergasi teknologi AS itu memberi amaran kepada aktivis Thailand, jika berjaya, penggodam akan mengakses data, malah kamera dan mikrofon di iPhone mereka dari jauh.

Amaran itu dibuat ketika Apple menyaman NSO Group, pembuat peranti pengintipan Israel yang menjadi tumpuan skandal pemantauan Pegasus, berusaha untuk menyekatnya daripada menyasarkan iPhones.

Dechathorn ‘Hockhacker’ Bamrungmuang (gambar-AFP), dari kumpulan Rap Against Dictatorship menyiarkan tangkap layar mesej tersebut di laman Facebooknya lewat kelmarin.

“Apple percaya awda sedang disasarkan oleh penggodam ditaja kerajaan yang dari jauh mahu menjejaskan iPhones dikaitkan dengan ID Apple awda,” menurut amaran mesej itu. – AFP