Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Rapsodi, rancangan bersama RTB, Mediacorp S’pura

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Buat kali ke-20, Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) dan Mediacorp Singapura menerbitkan bersama sebuah rancangan hiburan bertajuk Rapsodi.

    Dengan tema Music Synergy, rancangan berkenaan menampilkan artis-artis dan penghibur dari kedua-dua buah negara, di samping mengetengahkan lagu-lagu popular tempatan dan lagu-lagu malar segar yang telah diberi nafas baru.

    Program berkenaan merupakan salah satu aktiviti utama yang dilaksanakan di bawah memorandum persefahaman dalam bidang penyiaran dan penerangan di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Singapura.

    Dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 yang kurang mengizinkan, penerbitan Rapsodi kali ini telah dibuat secara rakaman langsung di studio menggunakan sambungan satelit tanpa kehadiran penonton.

    Rapsodi akan disiarkan di saluran RTB Aneka dan MediaCorp Suria pada pukul 8:30 malam esok (7 Mei).

    Manakala itu, siaran ulangannya boleh diikuti di saluran RTB Sukmaindera pada 8 Mei pukul 1:30 petang. Rancangan tersebut juga dapat ditonton melalui RTBGo Video on Demand.

    Kerjasama dalam penerbitan kreatif ini akan terus memperkukuh dan mengeratkan lagi jalinan kerjasama yang sedia ada antara RTB dan MediaCorp.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -