Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Raptai KUPU SB berjalan lancar

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Sesi raptai bagi memastikan kelancaran Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ke-11 yang akan berlangsung pada 17 Februari ini, telah diadakan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas hari ini.

    Hadir menyaksikan raptai penuh itu ialah Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar, pegawai-pegawai utama dan pensyarah KUPU SB serta ahli-ahli jawatankuasa majlis konvokesyen dan para graduan.

    Majlis konvokesyen itu nanti akan menyaksikan seramai 224 bakal graduan menerima sijil dan diploma dalam bidang program masing-masing yang terdiri daripada ijazah doktor falsafah, program sarjana, program lepasan ijazah, program sarjana muda dan program diploma.

    Di samping itu, beberapa acara sampingan sempena majlis konvokesyen itu juga akan diadakan antaranya bacaan Surah Yassin dan tahlil secara dalam talian pada minggu lalu yang dihadiri oleh ra’es, pegawai-pegawai utama KUPU SB, staf akademik dan bukan akademik serta bakal graduan.

    Sementara itu majlis kesyukuran graduan dijadualkan pada 19 Februari di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas yang akan diisikan dengan majlis khatam Al- Qur’an bagi para graduan, penyampaian anugerah akademik dan waqaf tarbiyah daripada para graduan serta majlis penandatanganan memorandum persefahaman.

    Sesi raptai penuh Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ke-11 yang diadakan di ICC.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...