Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raptai menaikkan bendera diadakan

    Raptai Upacara Menaikkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berlangsung hari ini di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Untuk memastikan Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34 berjalan lancar dan sempurna, raptai upacara berkenaan telah diadakan di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) di ibu negara, di sini, hari ini.

    Hadir menyaksikan raptai berkenaan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Pemangku Setiausaha Tetap di KKBS, Haji Amir Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Awang Haji Zakaria, pegawai Daerah Brunei dan Muara serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

    Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al- Fatihah dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang akan dipimpin oleh Mudim Haji Emran bin Haji Salleh. (Klik disini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda