Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Raptai pastikan majlis haflut takharruj berjalan lancar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Bagi memastikan kelancaran dan kesempurnaan Majlis Haflut Takharruj ke-9 Diploma ‘Aliyah Qiraat Sesi Pengajian 2018-2021 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang bakal diadakan pada 16 Februari ini, latihan penuh bagi majlis berkenaan telah diadakan petang tadi di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Hadir bagi menyaksikan latihan penuh ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, serta ahli-ahli jawatankuasa majlis berkenaan.

    Seramai 20 orang graduan terdiri daripada 11 orang lelaki dan sembilan orang perempuan akan diraikan pada majlis tersebut, dengan pengurniaan syahadah Diploma ‘Aliyah Qiraat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...