Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raptai penuh pengibaran Bendera Besar lancar

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71, sebuah raptaipenuh Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam pagi tadi telah diadakan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara.

    Hadir semasa raptai itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof selaku pengerusi jawatankuasa Upacara Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 tahun ini.

    Turut hadir ialah timbalan-timbalan setiausaha tetap KHEDN, para pegawai dan kakitangan dari kementerian berkenaan dan Jabatan Adat Istiadat, pegawai-pegawai daerah serta ahli jawatankuasa bagi majlis tersebut.

    Raptai penuh yang melibatkan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Penjara dan Jabatan Bomba dan Penyelamat itu diadakan adalah bagi memastikan semua persediaan bagi majlis tersebut berjalan dengan lancar, sempurna dan teratur.

    Raptai penuh yang diadakan bagi memastikan semua persediaan bagi majlis tersebut berjalan lancar.

    Raptai penuh yang diadakan bagi memastikan semua persediaan bagi majlis tersebut berjalan lancer.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda