Raptors, Lowry setuju AS$31 juta

NEW YORK, 8 OKT– Pemain All-Star NBA sebanyak lima kali, Kyle Lowry telah bersetuju bagi kontrak lanjutan selama setahun dengan juara bertahan, Toronto Raptors bernilai  AS$31 juta, menurut laporan ESPN.

Langkah itu membatalkan nama Lowry dari pasaran ejen bebas pada Julai tahun depan dan menyusuli perjanjiannya bernilai AS$33.4 juta tahun ini, menurut ejen Mark Bartelstein.

Perjanjian itu akan menghasilkan skala gaji tertinggi buat seorang pemain NBA yang berusia 34 tahun ke atas.

Mengekalkan Lowry mengukuhkan lagi barisan utama juara NBA itu, yang telah kehilangan Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA, Kawhi Leonard kepada Los Angeles Clippers.

Raptors dijangka akan bergantung lebih banyak kepada Pascal Siakam dan mereka juga masih memiliki bintang Sepanyol iaitu Marc Gasol dan Serge Ibaka, yang mana kontrak mereka akan mansuh lepas musim ini.

Lowry, ahli dalam pasukan pingat emas AS di Olimpik Rio 2016, mempunyai purata 14.2 mata, 4.8 rebound, 8.7 assist dan 1.4 steal bagi setiap perlawanan musim lepas, kempen NBA kali ke-12 dalam kerjayanya. – AFP

Kyle Lowry semasa menghadiri sesi latihan pada 5 Ogos 2019. – AFP