Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Ras Adiba mengaku nikah kali kedua dengan bekas suami

    Menganggap jodoh masih kuat, bekas personaliti TV iaitu Datuk Ras Adiba Radzi kembali bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali buat kali kedua, kelmarin.

    Ras, 54, melahirkan rasa syukur majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.

    “Ya, benar, saya berkahwin semula dengan orang yang sama. Kami pernah bercerai dan berkahwin semula. Alhamdulillah, jodoh antara saya dan suami sangat kuat.

    “Syukur Alhamdulillah, majlis pernikahan kami yang diadakan di JAWI, KL pada 12 tengah hari semalam juga berjalan dengan lancar.

    “Kami kenal sejak tahun 86 ketika masih bertugas di stesen TV3,” kata Ras ketika dihubungi mStar pada hari ini.

    Ras Adiba syukur majlis pernikahannya dengan Mohamed Azam Ali yang berlangsung pada Khamis berjalan lancar. – Agensi

    Terdahulu, beberapa foto Ras dan suaminya yang disertakan ucapan tahniah dipercayai di majlis pernikahan mereka tersebar di media sosial.

    Bagaimanapun, Ras memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsi kepada umum.

    “Tak perlu. Kami bercerai pun kami tidak beritahu orang. Ini hal peribadi. Biar sahaja begitu, kerana setiap kita punyai jalan cerita masing-masing.

    “Biar kita saling menghormati. Janji semua selamat,” ujarnya.

    Untuk rekod, Ahli Dewan Negara tersebut pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali, 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...