Oleh Afiq Zainuddin –
Ayam masala merupakan hidangan berempah yang berasal dari masakan India, terkenal dengan gabungan rasa pedas dan kaya dengan rempahnya.
Dalam hidangan ini, ayam dimasak dengan rempah seperti serbuk kari, kunyit, jintan manis, ketumbar dan garam masala. Bahan-bahan tersebut ditumis bersama bawang, bawang putih, halia dan cili hijau untuk menghasilkan aroma yang harum dan menyelerakan.
Kuah masala yang pekat biasanya dicampur dengan tomato dan yogurt, memberikan tekstur yang berkrim dan rasa masam yang seimbang.
Hidangan ini lazimnya disajikan bersama nasi atau roti.
BAHAN-BAHAN
Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ayam masala adalah seperti ayam yang dipotong kecil, bawang besar yang dihiris halus, tomato, bawang putih, halia yang dicincang halus, cili hijau, serbuk kari ayam, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk garam masala, air, minyak masak, garam secukup rasa dan daun ketumbar untuk hiasan.
CARA PENYEDIAAN
Cara untuk memasak ayam masala, mula-mula lumurkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, selepas itu biarkan selama 15 hingga 30 minit. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar sehingga keemasan. Masukkan bawang putih, halia dan cili hijau. Tumis sehingga naik bau.
Setelah itu masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan serbuk ketumbar lalu gaul hingga rata dan tumis sehingga minyak terpisah.
Kemudian masukkan tomato yang di cincang dan masak sehingga hancur dan sebati dengan rempah.
Untuk kuah, tambahkan air sedikit demi sedikit. Biarkan ayam masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat. Kemudian taburkan serbuk garam masala dan garam secukup rasa.
Gaul rata dan masak lagi selama 2 hingga 3 minit. Apabila ayam sudah masak, akhir sekali masukkan lada sulah dihancurkan di atas dan gaul hingga sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
• 500g ayam (dipotong kecil)
• 2 biji bawang besar (dihiris halus)
• 2 biji tomato (dicincang halus)
• 4 ulas bawang putih (dihiris)
• 1 inci halia (dihiris)
• 2 biji cili hijau (dihiris)
• 2 sudu besar serbuk kari ayam
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 1 sudu kecil serbuk jintan manis
• 1 sudu kecil serbuk ketumbar
• 1/2 sudu kecil serbuk garam masala
• 1/2 cawan air
• 2 sudu besar minyak masak
• Garam secukup rasa
• Daun ketumbar untuk hiasan