Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasai DNA Jaguar sebenar

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – Indera Motors Sdn Bhd buat julung kalinya menganjurkan acara The Art of Performance Tour, bertempat di Royal Regalia, di ibu negara untuk memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman pemanduan unik kereta premium Jaguar.

    The Art of Performance Tour Brunei yang dirasmikan oleh Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Ben Boddy kelmarin, turut diselitkan dengan litar pemanduan dinamik, di mana para peserta dapat mengalami Convertible F-Pace dan F-Type melalui pergerakan mereka.

    Kursus ‘Jaguar’s innovative Smart Cone’ yang melibatkan Jaguar XE dan Jaguar XF, menawarkan pengalaman yang istimewa dan memberikan peluang kepada semua peserta untuk mengukur kemahiran memandu mereka mengeksploitasi pengendalian yang tepat dan tangkas kereta berkenaan.

    Kursus yang terakhir ialah Orientation Challenge, di mana, peserta dapat mengalami aktiviti mencabar namun menyeronokkan, yang menekankan keupayaan sistem kamera keliling daripada Range Rover.

    Pengarah Pengurusan Indera Motors Sdn Bhd, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris berkata, The Art of Performance Tour bukan sekadar sesi uji pandu biasa tetapi jenis uji pandu yang belum pernah diadakan sebelum ini dengan penglibatan digital. Acara sebegini adalah kali pertama bagi segmen kereta premium di Brunei Darussalam.

    Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar ketika memberikan ucapannya.
    Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar ketika memberikan ucapannya.
    Uji pandu Jaguar yang unik yang dilangsungkan di Royal Regalia, di ibu negara.
    Uji pandu Jaguar yang unik yang dilangsungkan di Royal Regalia, di ibu negara.

    “Ia adalah peluang anda untuk menekankan kemampuan diri sendiri dan juga Jaguar ke hadnya melalui cabaran yang menyeronokkan. Dibimbing oleh jurulatih pakar, anda akan mempunyai pengalaman pemanduan yang hanya Jaguar dapat berikan dan pada masa yang sama anda akan mempelajari apa DNA Jaguar itu,” jelas Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar.

    Acara berkenaan diketuai oleh pengajar pemanduan profesional dari Pit Crew Events Pte Ltd (Singapura) dan Megamas Training Company Sdn Bhd, yang mana aliran acara dan susun atur direka dengan keselamatan orang awam dan peserta diletakkan sebagai keutamaan.

    “Kami sangat teruja untuk melancarkan acara yang bersejarah ini di mana respons daripada orang ramai adalah sangat memuaskan di mana 100 peserta mendaftar bagi acara itu,” Pengarah Besar Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong Foh Sen.

    Acara berkenaan yang diadakan di Bandar Seri Begawan adalah bagi menyokong inisiatif kerajaan iaitu Bandarku Ceria, untuk mengekalkan bandar sebagai tempat yang ceria dengan pelbagai aktiviti bagi semua orang menikmatinya, jelas beliau.

    Selain itu, para peserta juga ditawar untuk menguji pandu model Jaguar dan Land Rover yang lain dan mendapatkan hadiah berupa baucar dari Bake Culture. Barangan Jaguar dan Land Rover juga ditawarkan bagi pembelian semasa di acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda