Sunday, October 6, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasberi bakar lemak dalam tubuh

    WARNA merah yang bersinar sudah pasti membuatkan anda terliur apabila melihat buah rasberi. Di sebalik kecantikan buah ini, tersembunyi pelbagai sumber nutrisi, mineral dan vitamin.

    Rasberi berwarna merah adalah antara buah beri yang paling popular ditanam di seluruh dunia.

    Ia dikatakan berasal dari Eropah dan utara Asia dan di kawasan-kawasan lain yang beriklim sederhana.

    Rasberi dari spesies Rubus Idaeus kaya dengan khasiat mineral dan vitamin yang amat perlu untuk kesihatan optimum.

    Tanaman rasberi terdiri daripada pokok-pokok kecil ini tergolong dalam keluarga Rosaceae daripada genus Rubus. Batang pokoknya memiliki banyak duri.

    Kaya dengan flavonoid polifenolik antioksidan merangsang kesihatan lain seperti lutein, zeaxanthin dan beta karotena dalam jumlah yang kecil membuatkan Ia langkah sesuai untuk menghalang proses penuaan.
    Kaya dengan flavonoid polifenolik antioksidan merangsang kesihatan lain seperti lutein, zeaxanthin dan beta karotena dalam jumlah yang kecil membuatkan Ia langkah sesuai untuk menghalang proses penuaan.

    Daunnya pula berbentuk memanjang dan runcing di hujungnya. Pokok rasberi memiliki bunga berwarna putih.

    Buahnya berwarna merah dan amat sedap jika dimakan. Buah yang telah dihibrid pula boleh memiliki rangkaian warna termasuklah hitam, ungu, oren, kuning dan putih.

    Buah rasberi memiliki nilai kalori dan lemak tepu yang rendah. Dikatakan 100 gram rasberi menyediakan hanya 52 kalori tetapi mengandungi kira-kira 6.5 gram serat,

    Pengambilan rasberi dalam pemakanan seharian dikatakan mampu untuk merendahkan risiko kanser, kegemukan, penyakit kardiovaskular dan menambah kesuburan. Banyak lagi kebaikan rasberi.

    Tinggi antioksidan

    Dikatakan juga rasberi termasuk dalam senarai antara buah dan sayuran yang kaya dengan antioksidan. Rasberi dipercayai memiliki hampir 50 peratus aktiviti antioksidan yang tinggi jika dibandingkan dengan strawberi.

    Rasberi turut mengandungi asid ellagik, antioksidan fenol asli yang ditemui dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Terdapat kajian yang mendedahkan bahawa fitozat rasberi yang memainkan peranan penting dalam merendahkan tekanan oksidatif mengurangkan keradangan dan sekaligus mengubah pembentukan atau penghasilan sel-sel kanser.

    Pelindung menentang radikal bebas

    Rasberi amat kaya dengan vitamin C. Ia juga memiliki sumber baik vitamin B12, B3, vitamin A, vitamin E, folat, magnesium dan serat pemakanan. Ia juga kaya dengan flavonoid polifenolik antioksidan merangsang kesihatan lain seperti lutein, zeaxanthin dan beta karotena dalam jumlah yang kecil.

    Kesemua sebatian ini dikatakan mampu untuk bertindak sebagai pelindung menentang radikal bebas yang memainkan peranan penting dalam proses penuaan dan pelbagai penyakit.

    Baik untuk mata

    Rasberi ini juga dikatakan untuk menyediakan bahan antikeradangan termasuklah anthocyanins (pigmen-pigmen dalam buah-buah berwarna merah, ungu dan biru) yang dipercayai mampu membantu dalam mengurangkan penyakit kardiovaskular dan diabetes. Ia juga dikatakan mampu untuk membantu memperbaiki fungsi penglihatan dan ingatan.

    Bahan antikeradangan termasuklah anthocyanins (pigmen-pigmen dalam buah-buah berwarna merah, ungu dan biru) yang dipercayai mampu untuk membantu memperbaiki fungsi penglihatan dan ingatan.
    Bahan antikeradangan termasuklah anthocyanins (pigmen-pigmen dalam buah-buah berwarna merah, ungu dan biru) yang dipercayai mampu untuk membantu memperbaiki fungsi penglihatan dan ingatan.
    Mineral seperti kalium, mangan, tembaga, besi dan magnesium dalam rasberi dapat membantu untuk membakar lemak di dalam tubuh.
    Mineral seperti kalium, mangan, tembaga, besi dan magnesium dalam rasberi dapat membantu untuk membakar lemak di dalam tubuh.

    Bakar lemak tubuh

    Rasberi dikatakan turut mengandungi sejumlah mineral-mineral seperti kalium (potassium), mangan, tembaga, besi dan magnesium.

    Kalium adalah komponen penting untuk sel dan cecair tubuh yang membantu dalam mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.

    Mangan adalah mineral yang mampu untuk membantu memastikan kadar metabolisme pada tahap tinggi dan ini sekaligus membantu tubuh membakar lemak dengan cepat.

    Manakala tembaga puia amat diperlukan untuk penghasilan sel-sel darah merah.

    Buah rasberi juga dikatakan kaya dengan kumpulan vitamin B-kompleks dan vitamin K, niasin, riboflavin dan asid folik.

    Vitamin-vitamin ini mampu untuk berfungsi sebagai co-factor dan membantu tubuh dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak-lemak.

    Menambah kesuburan

    Ada kajian yang mendakwa bahawa Vitamin C dan magnesium dalam rasberi dikatakan mampu untuk menambah kesuburan lelaki dan wanita.

    Salah satu teori tersebut mengatakan antioksidan dalam rasberi melindungi kesihatan sperma yang merangsang kehamilan dan mengurangkan risiko kehamilan.

    Baik untuk pesakit diabetes

    Kandungan rheosmin, tiliroside, fruktosa, serat tinggi dan rendah indek glisemik yang menjadikan buah ini sesuai untuk pesakit diabetes dan mereka yang sentiasa mengawal tahap gula dalam darah.

    Membantu mengurangkan berat

    Rasberi rendah lemak dan tinggi serat. Dikatakan kalori tidak akan bertambah jika memakan buah ini. Ia juga penuh dengan air dan kalium yang mampu untuk mengelakkan masalah dehidrasi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda