DOHA, Qatar, 2 Mei – Syarikat Qatar RasGas Sdn Bhd (RasGas) berkata, ia menghantar lebih daripada sembilan juta tan gas cecair asli (LNG) ke Korea Gas Corporation (KOGAS) setiap tahun, menurut syarikat itu dalam satu keterangan media.
RasGas juga mengumumkan penghantaran kargo LNG yang ke-2,000 kepada KOGAS pada 25 April.
Kargo itu telah dibawa oleh kapal KOGAS, ‘SK Summit’ yang juga membawa kargo pertama LNG yang dibekalkan oleh RasGas ke Korea dalam Ogos 1999.
Dalam pengiktirafan terhadap pencapaian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif RasGas, Hamad Mubarak Al Muhannadi, menyatakan kebanggaan terhadap kerjasama yang telah lama terjalin itu bersama KOGAS yang telah dikekalkan untuk lebih dari dua dekad.

Dia menambah, KOGAS bukan sahaja pelanggan jangka panjang RasGas, namun ia juga merupakan pelanggan asas, memberikan kepercayaan yang telah sekian lama kepada RasGas untuk menghantar LNG untuk memenuhi keperluan tenaga di Korea dari Qatar.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KOGAS, Seung-Hoon, mengalu-alukan majlis penghantaran kargo ke-2,000 itu dan sumbangan RasGas terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak diganggu dalam perjalanan penghantaran LNG dari Qatar ke Korea.
Sejak beberapa dekad lalu, RasGas dan KOGAS telah membuktikan kuasa kerjasama harmoni di antara penjual dan pembeli, katanya, menegaskan kepercayaannya bahawa kerjasama ini membolehkan pencapaian tersebut ketika ini. – NNN