Rashford bimbang masyarakat kembali berpecah-belah

LONDON, 2 JUN – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford bimbang masyarakat kembali berpecah- belah seperti sebelum ini dalam kejadian keganasan akibat kematian George Floyd di Minneapolis, Amerika Syarikat.

Floyd meninggal dunia pada Isnin lalu setelah seorang pegawai polis kulit putih menindih dengan lututnya di leher Floyd yang digari selama beberapa minit.

Kejadian mengejutkan itu telah mencetuskan tunjuk perasaan dan rusuhan di beberapa bandar-bandar di seluruh dunia.

Banyak bintang sukan bersuara menentang apa yang telah dilakulan terhadap Floyd dan pemain antarabangsa England, Rashford telah menyuarakan rasa tidak berpuas hati.

“Saya tahu anda tidak pernah mendengar dari saya dalam beberapa hari. Saya telah berusaha memikirkan apa yang sedang berlaku di dunia,” katanya dalam laman Twitternya semalam.

“Pada masa ini saya meminta orang ramai untuk bersatu, bekerjasama dan bersatu kembali, kami kelihatan lebih berpecah belah berbanding sebelumnya.

“Ramai orang rasa tersakiti dan orang memerlukan jawapan.” – AFP

Reaksi Rashford (kanan) bersama dengan rakan sepasukannya Pogba ketika meraikan jaringan pada perlawanan yang lalu. Rashford bimbang masyarakat lebih berpecah belah daripada sebelumnya berikutan rusuhan akibat kematian George Floyd di AS. – AFP