Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Rashford ‘emosi’ dihina penyokong

    LONDON, 17 MAC – Marcus Rashford berkata ‘emosi menguasai dirinya’ selepas penyerang Manchester United itu dihina oleh penyokong kerana tersingkirnya United daripada saingan Liga Juara-Juara apabila tewas kepada Atletico Madrid.

    Video yang disiarkan di media sosial pada Rabu menunjukkan Rashford berjalan melepasi penyokong di luar Old Trafford selepas kekalahan agregat 2-1 kepada juara Sepanyol itu.

    Pemain berusia 24 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian ketika bertemu Atletico, kelihatan mendengar jeritan yang ditujukan kepadanya sebelum dibawa keluar oleh pihak keselamatan. Penyerang antarabangsa England, Rashford membuat isyarat dengan tangannya kepada penyokong sambil berlalu pergi.

    Rashford mengharungi musim yang mengecewakan bersama kelab Liga Perdana itu dan membalas video itu dengan menekankan beberapa penghinaan yang berlaku terhadap dirinya musim ini.

    “Ada dua sesi untuk setiap cerita. Video boleh menceritakan seribu perkataan dan dalam kes ini ia membawa kepada maklumat yang tidak tepat yang dikongsi di media sosial,” tulis Rashford.

    “Selama berminggu-minggu saya dihina, diugut, disoal siasat dan malam tadi emosi menguasai diri saya. Saya seorang manusia. Membaca dan mendengar tentang diri awda setiap hari dan ia membuatkan awda lemah.

    “Tiada sesiapa yang lebih kritikal berhubung prestasi saya berbanding saya. Tapi apa yang awda tonton daripada video tidak mempunyai konteks yang tepat.” – AFP

    Aksi Renan Lodi (kanan) berebut bola dengan Marcus Rashford (tengah) semasa perlawanan di antara Manchester United dan Atletico Madrid di stadium Old Trafford di Manchester, England pada 15 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...