MANCHESTER, 21 April – Manchester United mara ke separuh akhir Liga Europa buat pertama kali selepas menewaskan Anderlecht 2-1 awal pagi tadi, tetapi kos kemenangan itu adalah kemungkinan kecederaan serius ke atas Zlatan Ibrahimovic.
Pemain sensasi dari Sweden yang berusia 35 tahun itu, terpaksa digantikan selepas mengalami kecederaan pada lutut kanannya di akhir perlawanan di Old Trafford dan mungkin tidak akan beraksi lagi bagi baki musim ini, sementara United juga akan kehilangan pemain pertahanan tengah Marcos Rojo.
United mara hasil jaringan di masa tambahan oleh Marcus Rashford, yang memastikan kemenangan menerusi agregat 3-2, selepas jaringan pembukaan Henrikh Mkhitaryan dibatalkan oleh gol Sofiane Hanni.
“Saya tidak fikir mereka mudah mendapat kecederaan, tetapi saya memlilih untuk menunggu semua ujian selesai dan kemudian akan membincangkannya. Tetapi berita itu mungkin negatif,” kata pengurus United, Jose Mourinho.
“Ia adalah gelaran yang penting dan kami perlu terus maju. Hari ini ia telah membuktikan bahawa sukar untuk mencapainya. Kami tidak menjangka separuh akhir yang mudah.”

Kemenangan tipis itu bermakna skuad Mourinho kekal dalam laluan untuk memburu satu-satunya trofi yang belum ada dalam koleksi United.
Tetapi kecederaan Ibrahimovic dan Rojo mungkin mampu menjejaskan kempen mereka, terutamanya ketika United mula menghidupkan semula usaha mereka untuk mengakhiri empat kelompok teratas Liga Perdana selepas menewaskan Chelsea baru-baru ini.
Kecederaan Ibrahimovic tiba di masa kecederaan, lutut kanannya tersalah bengkok ketika dia mendarat susulan membuat lompatan di dalam petak Anderlecht.
Bekas penyerang Paris Saint-Germain itu, telah menjaringkan 28 gol musim ini, masih mampu berjalan ke dalam terowong, dengan dibantu oleh kakitangan perubatan, tetapi para penyokong United bimbang ia mungkin kali terakhir mereka akan menyaksikannya musim ini.
Ia sedikit menyuramkan Old Trafford, tetapi jaringan menarik Rashford pada minit ke-107 telah memastikan mereka menempat tiket dalam separuh akhir Liga Europa. – AFP