Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Rashford selamatkan United

    WOLVERHAMPTON, 1 JAN – Biar pun tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama pada awalnya disebabkan tindakan disiplin, Marcus Rashford ternyata akhirnya menjadi wira Manchester selepas golnya membawa kemenangan 1-0 ke atas Wolves kelmarin.

    Pengurus United, Erik ten Hag membuat kejutan sebelum perlawanan apabila mendedahkan Rashford telah digugurkan dari kesebelasan utama disebabkan isu ‘disiplin dalaman’.

    Pemain berusia 25 tahun itu berada dalam prestasi cemerlang musim ini dan turut menjaringkan tiga gol untuk England di Piala Dunia, jadi penyokong United terkejut apabila mengetahui berita tersebut.

    Ten Hag tidak memberikan sebarang butiran lanjut apabila didesak mengenai keputusan untuk tidak memainkan Rashford semasa wawancara pra-perlawanan dengan BT Sport, sambil menambah ia adalah ‘peraturan kami’.

    Tetapi pengasingan Rashford hanya bertahan sehingga separuh masa apabila dia dibenarkan bermain oleh Ten Hag untuk menjaringkan gol ke-11nya dalam liga dan melakar kemenangan kelima berturut-turut untuk United dalam semua perlawanan.

    United naik ke tangga keempat Liga Perdana, dua mata di atas Tottenham yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan, ketika mereka berusaha untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

    Wolves kendalian Julen Lopetegui kekal dalam zon penyingkiran selepas kekalahan pertama jurulatih Sepanyol itu dalam tiga perlawanan sejak menggantikan Bruno Lage yang dipecat.

    Sejurus sebelum sepak mula, tepukan gemuruh didengari sebagai tanda penghormatan kepada legenda Brazil, Pele yang meninggal dunia Khamis lalu pada usia 82 tahun. – AFP

    Marcus Rashford selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Wolverhampton Wanderers dan Manchester United di Stadium Molineux di Wolverhampton, England, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...