Rashford: Sumbangan tunjukkan ‘perpaduan’

LONDON, 2 APRIL – Respons orang awam dalam menderma kepada badan kebajikan untuk membantu memberi makan kepada kanak-kanak yang tidak bernasib baik selepas rayuan dibuat oleh Marcus Rashford telah menarik minat penyerang Manchester United tersebut.

Penyerang antarabangsa berusia 22 tahun itu bergabung dengan FareShare, sebuah badan kebajikan pengagihan makanan, selepas sekolah-sekolah di kawasan Manchester telah ditutup disebabkan pandemik koronavirus.

Derma yang dikumpulkan semalam berjumlah 134,000 pound, mengatasi sasaran awalnya sebanyak 100,000 pound.

Jumlah yang dikumpulkan, yang dikatakan oleh Rashford sebagai ‘angka besar’, boleh memberi makan kepada 400,000 orang kanak-kanak.

FareShare mengagihkan makanan kepada 10,943 badan kebajikan termasuk sekolah, pusat komuniti dan kelab sarapan pagi. – AFP

Penyerang MU, Marcus Rashford bekerjasama dengan FareShare untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di bandar Manchester. – AFP