Rashford terus bantu kanak-kanak kurang bernasib baik

LONDON, 12 JUN – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford berjanji akan terus berjuang sehingga tidak ada lagi kanak-kanak di Britain yang kebuluran setelah beliau membantu mengumpulkan dana sekitar £20 juta (AS$25 juta) sepanjang penutupan sekatan akibat COVID-19.

Bintang England ber-usia 22 tahun itu bekerjasama dengan FareShare, sebuah organisasi yang mengedarkan makanan kepada hampir 11,000 badan amal dan kumpulan masyarakat.

“Saya mempunyai berita yang luar biasa!” dia menulis di laman Twitternya.

“Kami mempunyai matlamat bahawa pada akhir bulan Jun kami akan dapat menyediakan 3 juta makanan kepada orang-orang yang memerlukan di seluruh UK. – AFP