Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Rashidi ambil keputusan terus menduda

    Selepas bercerai dengan pelakon Vanidah Imran pada 2018, pelakon Rashidi Ishak mengakui pernah cuba mengenali beberapa wanita lain namun memberitahu hubungan tersebut tidak pernah menjadi dan kini lebih selesa hidup bersendirian.

    Rashidi, 49, berkata, fasa mengenali wanita lain membuatkan dirinya sedar bahawa hubungan cinta bukan lagi keutamaan dalam hidupnya kini.

    “Jujur saya katakan, saya pernah keluar dengan beberapa orang wanita selepas bercerai. Ketika itu saya fikir mungkin perlu tunjuk diri masih menarik.

    “Setiap orang yang bercerai pasti akan ada rasa ingin memiliki orang lain dalam diri. Tetapi apabila saya sendiri melaluinya, saya sedar bahawa bukan itu yang saya mahukan.

    “Selama 17 tahun saya berada dalam alam perkahwinan sebelum ini… untuk kembali mendirikan rumah tangga mungkin tidak,” katanya kepada mStar.

    Rashidi Ishak mengakui pernah cuba menge-nali beberapa wanita lain namun hubungan tersebut tidak pernah menjadi dan kini lebih selesa hidup bersendirian. – Agensi

    Pun begitu kata Rashidi, meskipun tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kehadiran wanita lain dalam hidupnya namun dia mengakui berasa takut untuk memberi komitmen baharu dalam hubungan lebih serius.

    Pelakon drama Kampung People ini memberitahu ketika ini fokusnya adalah kepada kerjaya seni selain aktiviti harian yang boleh membuatkan dirinya berasa seronok dan tenang.

    “Saya tak fikir mahu ada komitmen seperti sebelum ini, mungkin juga rasa takut.

    “Masa saya sekarang banyak dihabiskan dengan kerja. Jika tidak terlibat dengan penggambaran, saya akan menulis atau bermain muzik. Setakat ini, itu yang memberi keseronokan kepada saya,” ujarnya.

    Untuk rekod Rashidi bercerai dengan Vanidah pada Ogos 2018.

    Mereka mendirikan rumah tangga pada Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata itu Mikhail Imran dan Mariam Rashika.

    Rashidi ditemui ketika majlis sambutan ulang tahun aplikasi Sooka serta pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Hantu Raya Pergi Perang yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Bercakap tentang drama tersebut, kata Rashidi dia setuju menerima tawaran berlakon dalam drama tersebut kerana merasakan watak Osman Buaya yang diberikan tidak pernah dibawakannya sebelum ini.

    “Karakter Osman Buaya dalam drama ini tak pernah saya bawakan. Dia seorang yang sangat toksik dalam hubungan keluarga tetapi disampaikan dalam bentuk komedi.

    “Cerita ini mengandungi unsur-unsur sindiran kemasyarakatan,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...