Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Raspadori lengkap perpindahan ke Napoli

    MILAN, 21 OGOS – Napoli kelmarin mengesahkan bahawa mereka telah membeli Giacomo Raspadori dari Sassuolo, perpindahan ketiga yang dilengkapkan oleh kelab Serie A itu musim ini.

    Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Napoli berkata mereka telah membawa pemain antarabangsa Itali berusia 22 tahun itu ‘secara pinjaman dengan pilihan untuk dibeli’, yang menjadikannya perpindahan kekal untuk kelab Itali itu. Napoli tidak mendedahkan butiran perjanjian.

    Walau bagaimanapun, menurut media Itali, kedua-dua kelab bersetuju membayar lima juta euro bagi perpindahan pinjaman dan tambahan 25 juta euro yang akan dibayar dalam tempoh tiga tahun selepas perpindahan kekal pada musim panas hadapan.

    Raspadori membuat 13 penampilan untuk skuad Itali dan menjaringkan tiga gol, dan turut dipilih ke dalam skuad yang memenangi Euro 2020, tahun lalu.

    Ketibaannya adalah salah satu daripada tiga perjanjian pada minggu ini dalam usaha membangkitkan semula semangat di Napoli selepas mengharungi musim panas yang bermasalah dengan peminat berang kerana pemain kesayangan Kalidou Koulibaly, Lorenzo Insigne dan Dries Mertens meninggalkan kelab. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Raspadori meraikan gol. Pemain kebangsaan Itali itu kini melengkapkan perpindahan ke Napoli dari Sassuolo.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...