Rast lonjak pencapaian audi

JERMAN, 16 SEPT – Selepas muncul sebagai juara pengeluar DTM, Audi menang kejohanan pemandu dan pasukan di Nurburgring dengan juara DTM pertama era turbo baharu, Rene Rast, hanya perlu menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga untuk memenangi gelaran, kelmarin.

Berikutan kemenangannya pada Sabtu, Rast, tempat kedua dalam kelayakan hanya satu perseribu detik di belakang Jamie Green dan menduduki tempat ketiga meraih jumlah mata yang diperlukan untuk menjulang gelaran awalnya.

Sebelum dua pusingan terakhir, pemandu Audi Sport Team Rosberg mempunyai kelebihan 56 mata di depan saingan terdekatnya Nico Muller dari Audi Sport Team Abt Sportsline.

Selepas masalah sensor dalam ujian kelayakan, Muller bermula dari petak ke-14. Dalam penyertaan DTM beliau yang ke-100, pelumba dari Switzerland itu bangkit semula ke kedudukan kelima sebelum tewas satu kedudukan dan terus menggenggam peluang terakhir itu sehingga perlumbaan berakhir.

Rakan sepasukan Rast, Jamie Green berjaya meraih petak pertama dan meraih kemenangan, kelmarin. Pelumba British itu mengalahkan Rast dalam pertarungan langsung dan berjaya mempertahankan dirinya daripada terus dikejar oleh Robin Frijns yang mencabarnya dengan tayar yang lebih segar pada peringkat akhir.

Dengan Loic Duval, Jonathan Aberdein, Nico Muller dan Mike Rockenfeller masing-masing dalam posisi empat, lima, enam dan tujuh, Audi pula menyambut kejayaan ketujuh mereka kelmarin, sekali gus menandakan keputusan terbaik pengeluar era turbo baharu DTM.

Audi yakin akan memenangi kejuaraan kejohanan pasukan bersama Audi Sport Team Rosberg dan Audi Sport Team Abt Sportsline yang menuju ke puncak finale di Hockenheim pada 5 dan 6 Oktober nanti.

Rene Rast hanya perlu menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga untuk memenangi gelaran, kelmarin.