Rasuah: Adik lelaki terkaya Vietnam ditahan

HANOI, 14 April – Polis Vietnam mengeluarkan waran tangkap semalam terhadap adik kepada lelaki terkaya di negara itu atas dakwaan merasuah pihak berkuasa dalam skandal telekom yang mengejutkan.

Kepimpinan konservatif yang berkuasa pada 2016 telah menjalankan kempen pembersihan, memburu eksekuti tinggi yang sebelum ini tidak diambil tindakan.

Terbaharu, bekas Pengerusi syarikat televisyen, Audio Visual Global (AVG), Pham Nhat Vu.

Kerajaan memulakan siasatan terhadap syarikat telekomunikasi milik kerajaan, Mobifone yang cuba membeli AVG.

Bagaimanapun, urusan mereka tidak berhasil dan dikatakan sebanyak AS$300 juta kerugian kepada dana negara. Polis kemudian menjalankan siasatan, menahan dan memeriksa rumah Vu yang didakwa memberi rasuah.

Selain itu, dua eksekutif tinggi Mobifone ditahan tahun lalu berikutan peranan mereka dalam skandal itu dan pegawai tinggi kerajaan termasuk dua bekas Menteri Komunikasi dalam skandal itu. – AFP