Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rasuah: Bekas hakim didakwa lari ke Sepanyol

    LIMA, 18 Okt – Bekas hakim Mahkamah Agung Peru, Cesar Hinostroza dikatakan telah meninggalkan negara itu, meskipun mendapat perintah larangan perjalanan dari Cawangan Kehakiman.

    Beliau yang berlepas pada 11 Oktober lalu, dipercayai berada di Sepanyol bersama isterinya, Gloria Gutierrez Chapa.

    Menurut akhbar El Comercio, Hinostroza masuk ke Sepanyol melalui Lapangan Terbang Barajas Madrid pada Rabu.

    Pengerusi Kongres, Daniel Salaverry berkata tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

    Dalam satu siri rakaman audio dikeluarkan TV Panorama dan laman web kewartawanan penyiasatan IDL-Reporteros, Hinostroza didakwa berunding dengan seorang individu dan menerima habuan untuk mengurangkan hukuman ke atas pesalah rogol kanak-kanak.

    Pada 4 Oktober, Kongres Peru meluluskan pemecatan Hinostroza selain dilarang memegang jawatan awam selama 10 tahun serta dituduh terlibat dalam jenayah terancang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda