Rasuah: Bekas menteri ditahan

ALGIERS, 23 OGOS – Mahkamah Agung Algeria pada Khamis memerintakan bekas menteri keadilan Tayeb Louh ditahan kerana didakwa melakukan penipuan dan menyalahguna kuasa, lapor agensi berita Xinhua.

Louh didakwa menyalahguna kuasa, menghalang keadilan serta memalsukan dokumen rasmi kerajaan.

Pada 8 Ogos, Mahkamah Algiers mengumumkan bermulanya siasatan terhadap Louh, pasportnya ditarik balik dan dilarang meninggalkan negara. – Bernama