Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Dua orang penjawat kerajaan yang didakwa atas pertuduhan rasuah telah memperkenalkan peguam mereka di mahkamah, hari ini, yang kemudiannya meminta masa untuk meneliti kes itu.
Peguam Bela Yusof Halim kini mewakili Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu, 50, dan Jonathan Kho Chew Sen, 45.
Haji Muhammad Suffian yang pada ketika itu merupakan pengarah RTB didakwa telah menerima sebuah kereta mewah daripada Jonathan Kho.
Jonathan didakwa menghadiahkan kereta mewah itu sebagai dorongan kepada Haji Muhammad Suffian untuk mendapatkan kenaikan pangkat.
Ketua Majistret Pengiran Hajah Norismayanti Pengiran Haji Ismail menangguhkan kes tersebut sehingga 6 Jun depan.