Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Rasuah: Penjawat awam dipenjara setahun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin, telah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun ke atas seorang penjawat awam setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan rasuah. 

    Pegawai Gred 2 di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Mohd Shah Nurul Ridzuan bin Haji Maiddin, 33, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Hukuman Jenayah atas kesalahan penjawat awam memperoleh barang berharga tanpa pertimbangan iaitu $1,000 yang berkaitan dengan fungsi rasminya yang bertugas dalam memproses pembayaran.

    Sementara itu, Houng Yu Kai menafikan tuduhan bersubahat dengan Mohd Shah Nurul Ridzuan dengan memberinya $1,000 untuk mempercepatkan proses pembayaran, yang mana merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 165 dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Hukuman Jenayah dan akan dibicarakan.

    Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah Abdul Rahman mendedahkan di mahkamah, hasil siasatan daripada Biro Mencegah Rasuah (BMR), pada 28 Jun 2016, Mohd Shah Nurul Ridzuan menerima wang tersebut sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses pembayaran kerja Additional Power Point di Unit Perumahan Aras 2, Bangunan Lama, KHEU.

    Mahkamah dimaklumkan, kontraktor telah memberitahu defendan untuk menukar sebahagian wang tunai kepada baucar hadiah untuk diberikan kepada pekerja lain di Unit Kewangan Bahagian Bangunan dan Penyelenggaraan KHEU.

    Defendan mengaku telah mengambil $500 untuk dirinya sendiri bagi kegunaan peribadi manakala baki wang itu digunakan oleh defendan untuk membeli baucar hadiah gedung serbaneka, yang kemudiannya diberikan kepada rakan sekerja dan bekas teman wanitanya.

    Peguam Bela Sheikh Noordin Sheikh Mohammad mewakili defendan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...