Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ratu cantik Myanmar dilarang masuki Thailand

    BANGKOK, 23 SEPT – Seorang model dan peserta ratu cantik Myanmar tidak dibenarkan  memasuki ke Thailand.

    Miss Grand International Myanmar 2020, Han Lay, yang pernah menyampaikan ucapan menentang rampasan kuasa tentera ketika pertandingan itu tahun lalu, dinafikan penyertaannya selepas tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dari Vietnam pada Rabu.

    Dalam satu kenyataan, Biro Imigresen menafikan dakwaan Han Lay, 23, telah ditahan. Mengikut Seksyen 12 (1) Akta Imigresen, pihak berkuasa mendapati Han Lay tidak mempunyai visa sah untuk memasuki Thailand.

    “Perjanjian telah dibuat dengan syarikat penerbangan untuk dia (Han Lay) menaiki penerbangan keluar dari Thailand,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Model dan ratu cantik Myanmar, Thaw Nandar Aung semasa bercakap dengan wartawan di Bangkok dalam gambar fail 21 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...