Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Ratu Elizabeth II dikebumi 19 Sept ini

    BALLATER, 11 SEPT – Perjalanan akhir mendiang Ratu Elizabeth II bermula hari ini dengan ribuan rakyat menyusuri laluan keranda membawa jenazah pemerintah United Kingdom (UK) paling lama itu dari tempat baginda mangkat.

    Keberangkatan keranda, diperbuat daripada kayu oak, dari Istana Balmoral ke Edinburgh itu menandakan permulaan upacara berkabung negara sehingga ke pemakaman baginda di London pada 19 September ini.

    Perjalanan akhir bermula sehari selepas anakandanya, Putera Charles ditabalkan sebagai Raja Charles III dan selepas cucu baginda, Putera William dan Putera Harry bersama isteri masing-masing, merupakan sengketa lama.

    Kenderaan membawa mayat Baginda melakukan perjalanan selama enam jam menyusuri beberapa bandar di Scotland sebelum tiba di Edinburgh, lokasi keranda itu ditempatkan selama dua hari bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.

    Raja Charles III akan berangkat ke Edinburgh esok bagi upacara keagamaan sebelum mayat Ratu Elizabeth II diterbangkan ke ibu negara pada hari berikutnya.

    Keranda Baginda akan ditempatkan di ibu negara selama empat hari di mana sejuta orang dijangka memberikan penghormatan terakhir, menjelang upacara pengebumian yang bakal disaksikan dari seluruh dunia.

    Perjalanan enam jam akan membawa keranda ke Istana Holyroodhouse, kediaman rasmi Baginda di Scotland, di mana keranda berkenaan akan ditempatkan di sana selama sehari.

    Esok, Raja Charles III dan kerabat diraja lain akan menyertai upacara penghormatan serta bersama mengiringi keranda bondanya melalui laluan dikenali sebagai ‘Edinburgh’s Royal Mile’, menuju ke Gereja Besar St Giles.

    Pada hari berikutnya, keranda itu akan diterbangkan oleh Tentera Udara Diraja ke lapangan terbang Northolt berhampiran London sebelum dibawa ke Istana Buckingham dan kemudian, pada Rabu ini, dipindahkan ke Westminister Hall. Upacara pengebumian Baginda akan dihadiri pemimpin dunia. – AFP

    Keranda membawa jasad Ratu Elizabeteh II meninggalkan Istana Balmoral di Scotland, 11 September. Keranda ratu memulakan perjalanan dari Balmoral ke Istana Holyroodhouse di Edinburgh sebelum berarak ke London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...