Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ratu Elizabeth II disemadi

    Gambar oleh Infofoto

    LONDON, UNITED KINGDOM, 19 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Bagin-da Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi berangkat menghadiri Istiadat Pemakaman Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Ratu Elizabeth II yang berlangsung di Westminster Abbey, London.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. Istiadat pemakaman negara berkenaan juga dihadiri oleh kerabat-kerabat diraja, ketua-ketua negara dan tetamu dari seluruh dunia.

    Sebelum istiadat pemakaman negara berlangsung, keranda Baginda Ratu Elizabeth II diangkat ke usungan khas bagi perarakan yang dibawakan oleh the State Gun Carriage of the Royal Navy dari Palace of Westminster menuju ke Westminster Abbey, sambil diiringi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Charles III serta kerabat diraja British dan The King’s Household. Ini diikuti dengan upacara istiadat pemakaman negara.

    Pada penghujung istiadat, The Last Post kemudiannya dimainkan yang diikuti dengan bertafakur selama dua minit di Westminster Abbey serta seluruh jajahan United Kingdom
    (UK).

    Istiadat tersebut diakhiri dengan lagu kebangsaan negara berkenaan.

    Baginda Ratu Elizabeth II seterusnya disemadikan di St. George’s Chapel, Windsor.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebelum ini telah mengurniakan titah perkenan bagi bendera kebangsaan untuk dikibarkan separuh tiang di bangunan-bangunan kerajaan dan pejabat-pejabat perwakilan Negara Brunei Darussalam di luar negara sebagai tanda penghormatan dan menzahirkan rasa belasungkawa atas kemangkatan Baginda Ratu Elizabeth II.

    Baginda Ratu mangkat pada usia 96 tahun dan Baginda telah memerintah sebagai Ratu United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland bermula pada 6 Februari 1952 hingga 8 September 2022, iaitu melebihi 70 tahun pemerintahan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen semasa berkenan berangkat ke Istiadat Pemakaman Negara KDYMM Paduka Seri Baginda Ratu Elizabeth II di Westminster Abbey, London.
    Kerabat diraja British semasa istiadat pemakaman negara berkenaan. – AP
    Keranda Baginda Ratu Elizabeth II di atas usungan khas semasa perarakan yang dibawakan oleh State Gun Carriage of the Royal Navy dari Palace of Westminster menuju ke Westminster Abbey. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...