Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Ratu Elizabeth II ikrar untuk terus berkhidmat

    LONDON, 6 JUN – Ratu Elizabeth II menutup tirai perayaan Jubli Platinumnya yang bersejarah kelmarin, membuat satu lagi penampilan umum pada empat hari terakhir perayaan dan berikrar bagi mengekalkan pemerintahannya yang panjang.

    Ratu berusia 96 tahun yang mengalami masalah pergerakan itu, muncul buat kali pertama secara peribadi pada Khamis lalu di balkoni Istana Buckingham selepas perarakan tentera Trooping the Color.

    Puluhan ribu orang memenuhi jalan-jalan di bandar raya London bagi bersama-sama meraikan sambutan itu yang turut diserikan dengan perarakan tentera, konsert dan pertunjukan kebudayaan.

    Baginda muncul seketika di balkoni Istana Buckingham kelmarin sempena penutup acara seni jalanan, muzik dan karnival.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tidak lama selepas itu, Baginda berkata beliau rendah hati dan sangat tersentuh ​​dengan kehadiran untuk sambutan Jubli Platinumnya dan merasa teruja dengan kebaikan, kegembiraan dan persaudaraan yang telah terbukti sejak kebelakangan ini.

    Baginda turut menambah: “Walaupun beta mungkin tidak menghadiri setiap acara secara peribadi, hati beta telah bersama awda semua dan beta tetap komited untuk berkhidmat kepada awda dengan sebaik mungkin dengan sokongan keluarga beta”. – AFP

    Ratu Elizabeth II melambai orang ramai dari balkoni Istana Buckingham pada penghujung Platinum Pageant di London kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...