Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    ‘Ratu Elizabeth II kompas panduan saya’

    LONDON, 12 SEPT – Putera Harry hari ini memberi penghormatan penuh emosi kepada Ratu Elizabeth II, dengan menyifatkan mendiang neneknya itu umpama ‘kompas panduan’ bagi dirinya.

    Harry pada masa sama, berikrar untuk menghormati bapanya, Raja Charles III dalam peranan baharu sebagai raja.

    Dalam kenyataan umum pertama-nya sejak kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun, Harry berkata, beliau selamanya berterima kasih kepada neneknya dan menyatakan bahawa mendiang amat dirindui.

    Harry, bekas kapten Tentera British yang berkhidmat di Afghanistan berkata, Ratu Elizabeth II bukan saja ketua komandernya, malah juga neneknya. Harry berkata, beliau akan menghargai kenangan kali pertama mendiang neneknya itu bertemu Meghan dan memeluk anak kecil pasangan itu, Archie dan Lilibet, masing-masing berusia tiga tahun dan setahun.

    “Saya menghargai masa dikongsi bersama nenek dan banyak lagi detik istimewa yang diluangkan bersama. Nenek sangat dirindui, bukan sahaja oleh kami tetapi oleh seluruh dunia.

    “Kami kini menghormati bapa saya dalam peranan baharunya sebagai Raja Charles III. Terima kasih atas komitmen nenek terhadap perkhidmatan. Terima kasih atas segala nasihat yang baik.

    “Terima kasih atas senyuman nenek. Kami juga tersenyum mengetahui nenek dan datuk (Putera Philip) bersatu semula sekarang dan kedua-duanya bersemadi dengan aman,” katanya. – AFP

    Putera Harry, Meghan, Putera William dan Catherine melihat bunga-bunga yang diletakkan oleh orang awam di perkarangan Istana Windsor pada 10 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...