Ratu Elizabeth II lawat makmal Novichok

SALISBURY, UNITED KINGDOM, 15 OKT – Ratu Elizabeth II hari ini bertemu dengan saintis kerajaan yang mengkaji serangan Novichok England dalam kunjungan awam pertamanya di luar kediaman diraja sejak bermulanya wabak koronavirus.

Pemimpin berperlembagaan berusia 92 tahun itu ditemani oleh cucunya Putera William semasa lawatan ke Makmal Sains dan Teknologi Pertahanan (Dstl) di Porton Down di barat daya England, yang juga telah menjalankan penyelidikan dalam koronavirus.

Mereka bertemu dengan kakitangan yang terbabit dalam mengenal pasti Novichok sebagai ejen saraf yang digunakan untuk membunuh ejen Sergei Skripal di bandar berhampiran Salisbury pada 2018, dan anggota tentera yang membantu dalam insiden itu.

Ratu dan William, kedua-dua mereka tidak memakai penutup mulut dan hidung namun berjalan dua meter di antara satu sama lain, juga bertemu dengan saintis yang terlibat dalam penyelidikan analitik dalam menyokong respons Britain terhadap wabak koronavirus.

Ia merupakan penglibatan awam pertama Ratu Elizabeth di luar kediamannya sejak beliau menghadiri acara Hari Komanwel di Westminster Abbey pada 9 Mac. Di Porton Down, beliau merasmikan pembukaan Pusat Analisis Tenaga baharu, pusat penyelidikan bahan ledakan.

Beliau dan William dijangka melawat pameran senjata dan taktik yang digunakan dalam memerangi risikan. – AFP

Ratu Elizabeth II bercakap dengan kakitangan semasa lawatan ke Makmal Sains dan Teknologi Pertahanan di Porton Down berhampiran Salisbury, selatan England kelmarin. – AFP