Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    Ratu Elizabeth II rai Hari Natal bersama keluarga

    LONDON, 25 DIS – Ratu Elizabeth II dan keluarga terdekatnya meraikan Hari Natal dengan acara perhimpunan di gereja St. Mary Magdalene di Sandringham, timur England.

    Ia adalah perayaan hari Rabu ketika ratu disertai buat kali pertama oleh Putera George, 6, dan Puteri Charlotte, 4, dua anak sulung Putera William dan isterinya, Kate. Mereka meninggalkan Prince Louis berusia setahun di rumah.

    George dan Charlotte berjalan ke gereja dengan ibu bapa mereka. Putera Charles, datuk mereka, berjalan bersebelahan dengan mereka.

    Ratu tiba dengan menaiki Bentley bersama isteri Charles, Camilla. Manakala, suaminya Putera Philip tidak menyertainya. Beliau dibenarkan keluar dari hospital kelmarin selepas rawatan untuk penyakit tidak didedahkan. Philip, 98, bersara daripada tugas awam.

    Putera Andrew, yang telah meletak jawatan dari tugasan diraja kerana terlibat dengan pesalah seks yang disabitkan, menghadiri khidmat gereja sebelumnya bersama abangnya Charles.

    Putera Harry, isterinya, Meghan, dan anak mereka yang berusia 7 bulan, Archie, tidak hadir. Mereka menghabiskan percutian di Kanada dengan ibu Meghan, Doria Ragland.

    Kerabat diraja disambut oleh ratusan orang ramai yang berkumpul di luar kawasan gereja. Selepas acara itu, William, Kate dan dua anaknya beramah mesra bersama orang ramai untuk bertukar-tukar ucapan Krismas.

    Gemma Clark, yang berkerusi roda, memberikan Charlotte hadiah flamingo merah jambu dan menerima pelukan sebagai balasannya. – AP

    Ratu Elizabeth II menunggu keretanya selepas menghadiri acara Hari Natal di Gereja St Mary Magdalene di Sandringham. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -