Ratu Elizabeth II sambut ulang tahun ke-94

LONDON, 21 APRIL – Britain menyambut ulang tahun ke-94 Ratu Elizabeth II hari ini tanpa acara gilang-gemilang, tatkala negara dikenakan perintah berkurung di tengah pandemik COVID-19.

Dengan ribuan orang terbunuh di tengah wabak yang meletus, raja berperlembagaan itu memutuskan bahawa perayaan meriah tidak wajar diadakan.

Keluarga diraja menggunakan media sosial untuk berkongsi gambar Elizabeth tatkala beliau menyambut ulang tahun beliau, tetapi selaras dengan peraturan penjarakan sosial, kunjungan tidak akan diadakan.

Ratu Elizabeth II akan meluangkan masa bersama suaminya, Duke of Edinburg, 98, di Windsor Castle di Berkshire. – AP