Ratu renang Jepun semakin pulih

TOKYO, 18 DIS – Rikako Ikee yang didiagnosis dengan leukemia awal tahun ini, baru-baru ini keluar dari hospital.

Pasukan renang Jepun berharap dia terus menyimpan hasrat untuk bersaing di Sukan Olimpik Paris 2024.

Dia mula melakukan diagnosis leukemia pada bulan Februari lalu setelah mengalami masalah semasa menjalankan latihan di Australia.

“Saya mula dimasukkan ke hospital pada bulan Februari yang lalu, namun saya hanya boleh keluar hospital selepas 10 bulan menjalani rawatan,” kata Ikee di Twitter.

“Ia merupakan satu masa yang panjang dan sukar,” tambahnya.

“Mengenai Olimpik, saya akan berusaha lebih gigih untuk Sukan Olimpik di Paris 2024 dan memenangi pingat emas nanti,” tambahnya.

Menurut media tempatan, dia meninggalkan hospital awal bulan ini dan tidak menaruh harapan bagi persaingan Olimpik Tokyo.

Dia akan menjalankan rawatannya seperti biasa, kata penyiar awam NHK, memetik agensi pengurusannya.

Menurut Ikee lagi, ketika menjalani rawatan bersama doktor, dia turut membuat perancangan untuk berlatih secepat mungkin.

Ratu renang Jepun tersebut menjadi pilihan utama untuk memenangi pingat emas di Olympik 2020 dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu dan 200 meter gaya bebas.

Ikee sangat menonjol pada Sukan Asia tahun lepas selepas memenangi enam pingat emas. – AFP