Ratu Wiliame Katonivere presiden baharu Fiji

SUVA, 12 NOV – Ratu Wiliame Katonivere pada Jumaat mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Fiji dalam satu majlis di Dewan Negara, lapor Xinhua.

Menurut media tempatan, Katonivere mengangkat sumpah di hadapan speaker parlimen Ratu Epeli Nailatikau, delegasi kerajaan, diplomat dan tetamu jemputan.

Beliau menjadi presiden ke-enam Fiji sejak negara di pulau Pasifik Selatan itu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 1970.

Parlimen melantik Katonivere, bekas presiden parti FijiFirst sebagai presiden pada Oktober. – Bernama