AMSTERDAM, 6 NOV – Polis sempadan Belanda semalam menahan ratusan aktivis alam sekitar yang memanjat pintu dan pagar Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.
Mereka ditahan sebelum memasuki bangunan terminal yang menempatkan pesawat persendirian, yang didakwa perlu diharamkan kerana mencemar alam sekitar.
Kumpulan penunjuk perasaan berlari ke landasan sekitar jam 12:00 tengah hari waktu tempatan sebelum duduk di hadapan pesawat persendirian yang diletakkan di hangar, termasuk pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Kanada. Tiga jam kemudian, polis sempadan Belanda menahan kumpulan aktivis berkenaan, dengan sebahagian mereka diheret ke bas yang menunggu selepas secara pasif menentang penahanan itu. – AFP
