Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Ratusan bantah hukuman mati di Singapura

    SINGAPURA, 3 APRIL – Ratusan penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan membantah hukuman mati selepas wujud kebimbangan lebih banyak hukuman seumpamanya bakal dilaksanakan.

    Perhimpunan itu diadakan selepas Singapura melaksanakan hukuman terbabit buat pertama kali sejak 2019, ke atas seorang pesalah jenayah penyeludupan dadah. Beberapa lagi hukuman mati yang baru-baru ini merayu hukuman diringankan telah ditolak.

    Para penganjur berkata sekitar 400 peserta menyertai perhimpunan terbabit yang diadakan di ‘Speaker’s Corner’, satu-satunya lokasi dibenarkan mengadakan bantahan tanpa memerlukan kebenaran polis.

    Dalam perhimpunan itu, mereka membawa sepanduk tertulis ‘hukuman berat tidak menjamin keselamatan kami’ dan “jangan membunuh atas nama kami’ selain melaungkan slogan membantah hukuman mati.

    Seorang aktivis tempatan, Kristen Han, berkata kepada khalayak ramai bahawa hukuman mati adalah sistem yang kejam dan menjadikan semua yang menerimanya turut bersikap kejam. – AFP

    Para pembantah memegang sepanduk menentang hukuman mati di Speakers’ Corner di Singapura pada 3 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...