Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Ratusan bantah kekurangan air di barat Iran

    TEHRAN, 25 OGOS – Beratus-ratus orang mengadakan bantahan di jalanan di barat Iran kerana kekurangan air minuman dan ketidakcekapan pegawai menyelesaikan masalah itu, media kerajaan melaporkan hari ini.

    Iran, sebuah negara yang sebahagian besarnya gersang, selama bertahun-tahun berdepan keadaan kering kronik dan gelombang haba yang dijangka memburuk dengan perubahan iklim.

    Dalam masa beberapa bulan lalu, beribu-ribu orang yang berang kerana sungai yang mengering telah mengadakan bantahan khususnya di tengah dan barat daya Iran.

    Sekitar 200 orang berhimpun di hadapan pejabat gabenor di Hamadan pada malam Rabu untuk memprotes ‘gangguan saluran air bandar,’ agensi berita IRNA melaporkan.

    Mereka kemudiannya disertai ‘ratusan lagi orang’ yang merupakan malam kedua bantahan ke atas kekurangan air di bandar barat, lapor IRNA.

    Pembantah ‘memegang botol air kosong,’ melaungkan slogan mengecam pegawai dan menuntut ‘tindakan segera menyalurkan air minuman ke bandar itu,” tambahnya.

    Mereka juga menuntut gabenor dan pegawai ‘tidak cekap’ meletak jawatan, lapor akhbar harian Hamshari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...