Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Ratusan bantah rasuah di tengah China

    BEIJING, 10 JULAI – Ratusan berarak hari ini sebagai bantahan ke atas para pegawai tempatan yang disyaki terlibat rasuah di bandar Zhengzhou, tengah China, menurut beberapa peserta kepada AFP, dalam tunjuk perasaan awam di negara yang dikawal ketat itu.

    Terjejas oleh kelembapan ekonomi negara itu, empat bank di wilayah Henan telah membekukan pengeluaran semua tunai pada pertengahan April, mengakibatkan ribuan penyimpan kecil ketiadaan dana dan mencetuskan bantahan sekali-skala.

    Hari ini menyaksikan beberapa protes terbesar, dengan ratusan orang berkumpul di hadapan cawangan Bank Rakyat China di bandar Zhengzhou, Henan, menurut beberapa saksi yang enggan dinamakan.

    Imej-imej yang disiarkan dalam media sosial menunjukkan sepanduk-sepanduk mengecam ‘rasuah dan keganasan pihak berkuasa Henan’.

    Para pembantah telah ‘dihentam, cedera dan berdarah di kepala. Orang kelainan upaya juga dipukul,” kata seorang peserta memberitahu AFP, menganggarkan jumlah penunjuk perasaan sekitar ‘ribuan orang’.

    Pihak berkuasa tempatan di Henan tidak memberi komen mengenai bantahan itu. – AFP

    Imej yang diambil dari The Guardian menunjukkan para pembantah di wilayah Henan, tengah China pada 10 Julai. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...