Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Ratusan bantah sekatan COVID China

    BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain selepas aduan sekatan tersebut mungkin memburukkan angka kematian akibat kebakaran pangsapuri di kawasan barat laut.

    Polis Shanghai menggunakan semburan lada sulah untuk meleraikan kira-kira 300 pembantah, menurut saksi. Mereka berkumpul pada malam semalam untuk berkabung kematian sekurang-kurangnya 10 orang dalam kebakaran pangsapuri di Urumqi di rantau Xinjiang pada minggu lalu.

    Video yang disiarkan di media sosial mengatakan ia dirakam di Nanjing di wilayah timur, Guangzhou di wilayah selatan dan lima bandar lain yang menunjukkan pembantah bergelut dengan polis atau merobohkan sekatan yang digunakan untuk menutup kawasan kejiranan.

    Saksi berkata bantahan juga berlaku di Urumqi, tetapi The Associated Press tidak dapat mengesahkan butir-butir video lain.

    Kerajaan Presiden Xi Jinping berdepan kemarahan penduduk terhadap dasar sifar COVID yang telah menutup akses ke kawasan di seluruh China dalam usaha untuk mengasingkan setiap kes pada masa apabila kerajaan lain telah pun melonggarkan sekatan dan cuba hidup bersama virus.

    Beberapa pembantah kelihatan menjerit meminta Xi letak jawatan. – AP

    Pegawai polis menahan seorang lelaki ketika pembantah menyekat jalan raya Wulumuqi, dinamakan sempena Urumqi dalam bahasa Mandarin, di Shanghai, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...