Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan beratur mohon pasport tinggalkan Afghan

    KABUL, 19 DIS – Ratusan orang mengharungi musim sejuk dengan suhu di bawah 0 darjah Celsius di ibu negara Afghanistan untuk beratur di luar pejabat pasport awal hari ini, sehari selepas kerajaan Taliban mengumumkan akan mula mengeluarkan dokumen perjalanan.

    Ramai beratur sejak malam sebelumnya, dengan sebahagian besar terdesak untuk meninggalkan negara itu bagi rawatan perubatan sementara yang lain ingin melarikan diri daripada pemerintahan baharu Taliban.

    Pihak berkuasa Taliban menggunakan kekerasan secara berkala terhadap orang ramai yang berhimpun di hadapan barisan dan di sekatan jalan raya berdekatan.

    “Kami tidak mahu sebarang sera-ngan berani mati atau letupan berlaku,” kata anggota keselamatan Taliban, Ajmal Toofan, 22, yang menyuarakan kebimbangan mengenai bahaya susulan perhimpunan membabitkan orang ramai.

    Kumpulan militan Islamic State (IS) tempatan yang juga musuh utama Taliban, membunuh lebih 150 orang pada penghujung Ogos lalu ketika penduduk Afghanistan berasak-asak di lapangan terbang Kabul.

    “Tanggungjawab kami di sini adalah untuk melindungi orang ramai. Tapi orang ramai tidak bekerjasama,” kata Toofan sambil mengacukan senjatanya di tanah.

    Mohammed Osman Akbari, 60, berkata dia terdesak untuk tiba ke Pakistan, kerana hospital di negaranya tidak dapat menjalankan pembedahan jantungnya. – AFP

    Orang ramai berbaris untuk memasuki pejabat pasport di Kabul pada 19 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda