Ratusan dipindah penjara wanita terbakar

MOSCOW, 28 JULAI – Ratusan banduan dipindahkan selepas satu kebakaran meletus semalam di sebuah pusat tahanan untuk wanita di Moscow, lapor agensi berita Rusia.

‘Seramai 850 orang dipindahkan’ selepas satu kebakaran meletus di penjara di tenggara Moscow, agensi berita TASS memetik cawangan perkhidmatan penjara Moscow sebagai berkata.

Asap putih berkepul-kepul naik dari belakang bangunan Pusat Tahanan No. 6 dalam gambar yang disiarkan di Televisyen Ren.

Tidak ada kematian yang dilaporkan. Jabatan pengangkutan bandar berkata jalan telah ditutup untuk membenarkan bomba sampai ke bangunan.

Jurucakap perkhidmatan penjara memberitahu TASS banduan telah dipindahkan ke tempat lain dalam pusat tahanan. Kebakaran meletus di tingkat bawah pada kira-kira 1320 GMT, TASS memetik kementerian kecemasan untuk ibu ne-gara sebagai berkata. – AFP