Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ratusan kanak-kanak berdepan dakwaan – Amnesty

    BANGKOK, 8 FEB – Lebih 200 kanak-kanak di Thailand berdepan pertuduhan jenayah serius, termasuk menghasut, atas peranan mereka dalam protes prodemokrasi secara aman yang menggegarkan negara itu pada 2020, menurut Amnesty International hari ini.

    Demonstrasi yang diketuai belia telah menggesa bagi perubahan politik dan pembaharuan kepada monarki Thailand yang merupakan satu isu sensitif, menarik puluhan ribu orang ke jalan raya di Bangkok, dengan kemuncaknya pada lewat 2020.

    Amnesty dalam satu laporan, menuduh pihak berkuasa Thailand ‘menangkap, mendakwa, memantau dan menakut-nakutkan’ penunjuk perasaan kanak-kanak kerana mengambil bahagian dalam protes tersebut, dalam satu laporan yang menyeru pertuduhan terhadap kanak-kanak di bawah usia 18 tahun itu digugurkan.

    “Kanak-kanak yang masa depan mereka masih lagi jauh, kini berdepan kesan teruk hanya kerana menyertai dalam protes aman,” kata penyelidik Amnesty International Thailand, Chanatip Tatiyakaroonwong.

    Kumpulan kempen hak asasi manusia itu, berkata hampir 300 kanak-kanak di bawah usia 18 tahun berdepan pertuduhan jenayah berkaitan tunjuk perasaan tersebut, manakala lebih 200 kes masih aktif.

    Kebanyakannya dituduh melanggar peraturan berkaitan perhimpunan awam yang dikenakan ketika pandemik COVID-19.

    Bagaimanapun, kira-kira 17 kanak-kanak bawah umur berdepan tuduhan menghina monarki, yang boleh membawa hukuman penjara yang panjang.

    Laporan itu menyatakan, kanak-kanak paling muda yang ditahan ketika protes itu berusia 11 tahun, manakala dalam kes lain, polis dilaporkan menggunakan tali kabel untuk menahan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun pada Julai 2021.

    Selain diekori polis, Kanak-kanak turut memberitahu para penyelidik yang pihak berkuasa juga memberi tekanan kepada guru-guru dan ibu bapa untuk tidak menggalakkan kanak-kanak tidak menyertai protes. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...