Friday, September 27, 2024
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan kenderaan milik kerajaan Sri Lanka ditinggalkan

    COLOMBO, 26 SEPT – Ratusan kenderaan kerajaan yang mahal telah ditinggalkan di sekitar ibu negara Sri Lanka selepas presiden baharu negara itu yang berhaluan Marxis mengambil alih jawatan, kata seorang ahli partinya kelmarin, dengan ratusan lagi kenderaan hilang.

    Ahli-ahli kanan kerajaan terdahulu telah meninggalkan kereta dan SUV milik kerajaan itu tanpa penyerahan yang betul, menurut Wasantha Samarasinghe, ahli parti JVP pimpinan Anura Kumara Dissanayake.

    Kenderaan tersebut termasuk kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser dan kenderaan utiliti.

    “Kami telah melancarkan siasatan untuk mengetahui siapa yang meninggalkan kenderaan ini dan atas kuasa apa mereka menggunakannya,” kata Samarasinghe kepada pemberita di sebuah taman awam tempat di mana kenderaan itu telah ditinggalkan.

    Dia tidak menyatakan sama ada kunci telah ditinggalkan bersama kenderaan tersebut.

    Daripada 833 buah kenderaan yang didaftarkan di Sekretariat Presiden era kolonial, tiada jejak bagi 253 buah kenderaan, tambahnya.

    Kenderaan tersebut dipercayai telah diambil oleh ahli politik kanan dan pegawai pentadbiran terdahulu.

    Dissanayake berkuasa selepas pilihan raya pada Sabtu lalu, dengan berjanji untuk mengubah budaya politik negara dan menangani rasuah serta salah guna kuasa. – AFP

    Seorang lelaki berjalan melintasi deretan kereta terbiar termasuk kenderaan kerajaan yang ditinggalkan di Colombo pada 25 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda