BALI, INDONESIA, 5 FEB – Ratusan khinzir telah mati akibat demam khinzir Afrika di Bali, kata pihak berkuasa hari ini, menandakan wabak pertama yang dicatatkan di pulau percutian Indonesia dan selepas virus itu mematikan kira-kira 30,000 ekor khinzir di Sumatera.
Ida Bagus Wisnuardhana, ketua agensi keselamatan makanan dan pertanian Bali, berkata hampir 900 ekor khinzir mati akibat demam babi sejak pertengahan Disember.
“Keputusannya adalah positif demam khinzir Afrika,” kata Ida kepada wartawan, merujuk kepada ujian ke atas haiwan yang mati itu. – AFP




























